Animasi Binaan Rumah Melayu Tradisional

rumah melayu tradisional adalah salah satu warisan bangsa yang tidak ternilai harga nya..agak menghampakan kerana ramai orang-orang melayu yang tidak menghargai warisan ini..rumah dirogohkan sesuka hati dan diganti dengan rumah banglo atas citarasa moden kononnya..

terdapat pelbagai jenis rumah melayu terutamanya yang terdapat disemenanjung..rekabentuk banyak dpengaruhi oleh rekabentuk bumbung..manakala rumah melayu terengganu dan kelantan terdapat elemen yang diambil dari siam menambahkan lagi nilai kesenian pada rumah rumah tersebut..

bagai generasi muda sekarang terutama genY langsung tidak sempat menikmati keindahan ini.. ayuh tontonilah animasi ini dan sama-sama belajar.. :-)




Lukisan Kerja 2: LUKISAN.BINAAN.RUMAH.MELAYU.TRADISIONAL




PENGENALAN BINAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL 

Bangunan tradisional yang masih kekal sering mendapat penghargaan ramai.
Pembinaan bangunan menggunakan bahan utama seperti kayu telah melahirkan pelbagai bentuk bangunan yang unik.

Arus kemodenan telah banyak merubahkan keadaan & tukang2 yg mahir semakin hari semakin hilang & seni pertukangan yg unik semakin pudar ditelan arus zaman.

Proses pembinaan rumah kayu agak unik kerana ia dibentuk oleh keadaan sekitar, keagamaan, iklim dan kepercayaan masyarakat setempat.

Bangunan akan mula dibina dengan penyediaan tapak asas, struktur utama sehinggalah elemen bumbung, kemasan dan hiasan.

(selanjutnya sila download nota anda)

NOTA BINAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL 

Lukisan Kerja 2 : LUKISAN.PERKHIDMATAN.BANGUNAN


OBJEKTIF AM :

 Memahami keperluan perkhidmatan bangunan untuk sesebuah bangunan
OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
v  Mengetahui dan memahami sistem bekalan air dan pembetungan untuk bangunan.
v  Menyediakan Lukisan Perpaipan dalam bentuk pelan dan isometri.
v  Menyediakan lukisan pembetungan untuk rumah kediaman.
v  Mengetahui sistem bekalan elektrik dalam bangunan.
v  Menyediakan Pelan Bekalan Elektrik Domestik.
Pengenalan
Perkhidmatan bangunan ( building services ) adalah merujuk kepada  unsur-unsur penting yang membantu sebuah bangunan dapat berfungsi kepada penggunanya dengan baik. Unsur-unsur ini sepatutnya dapat dilakukan secara ekonomi dan mampu berfungsi dengan cekap agar pengguna dapat tinggal dan menjalankan aktiviti seharian dengan baik.

Unsur-unsur tersebut adalah seperti berikut :
·         Sistem Bekalan Air
·         Sistem Bekalan Elektrik
·         Sistem Kebersihan dan  Pembetungan
·         Sistem Perpaipan
·         Sistem Kawalan Kebakaran
·         Sistem Penghawa Dingin
·         Sistem Pengudaraan

Walaubagaimanapun  untuk modul ini, kita akan mempelajari tajuk-tajuk Sistem Bekalan Air, Sistem Bekalan Elektrik, Sistem Kebersihan dan Pembetungan serta Sistem Perpaipan domestik sahaja.

 nota perkhidmatan bangunan

Lukisan Kerja 2 : LUKISAN.BINAAN.KELULI.



2.0   PENGENALAN
Logam boleh dikelaskan kepada  logam besi (ferus) dan logam bukan besi (bukan ferus).
Logam besi  - logam yang asasnya adalah besi
                   - Biasanya mengandungi besi dan karbon seperti keluli.
Logam bukan besi - logam yang berasaskan selain daripada besi (ferus)
                            - contohnya: tembaga, aluminium, zink, timah, magnesium, nikel dan
                              plumbum.

Keluli selalunya digunakan di dalam pembinaan kerana ia boleh menampung beban yang lebih dan  menguatkan lagi sesuatu struktur.
Keluli didapati dalam 3 gred iaitu :
§  Gred 43  :  Keluli lembut ( mild steel )
§  Gred 50 & 55 :  Keluli alah tinggi ( high yield steel)
                                   :  lebih kuat & lebih mahal.
Cara penomboran sistematik ini perlu di lakukan kerana :
a.    memudahkan kerja pemasangan
b.    mengelakkan terjadinya kekeliruan ketika pemasangan
c.    memendekkan masa pemasangan

(selanjut nya sila download nota anda)












About Me

My photo
hai..nama sy faarmii.. tu je..byee..

Followers